Ibrahimovic mimpi buruk pemain pertahanan -- Jones

By Staff Writer 2 March 2017 183
Ibrahimovic mimpi buruk pemain pertahanan -- Jones

Zlatan Ibrahimovic telah menutup mulut mereka yang mendakwa pemain itu tidak akan melakar kejayaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kata pertahanan Manchester United, Phil Jones.

Bekas kapten Sweden itu telah meledak 26 gol dalam 38 penampilan buat United musim ini.

Jones percaya Ibrahimovic telah mencetuskan impak besar di luar dan di atas padang sejak tiba di Old Trafford awal musim ini.

"Cukup mengagumkan," Jones memberitahu Sky Sports di sebuah majlis.

"Ketika dia tiba, ramai yang mempersoalkan kemampun pemain itu untuk menyesuaikan diri di England, namun persoalan itu sudah terjawab.

"Dia memiliki perwatakan yang menarik, terutama di dalam bilik persalinan. Dia juga seorang yang profesional, dia layak mendapat segala pujian.

"Walaupun bertubuh besar, dia memiliki pengawalan bola yang hebat. Dia merupakan mimpi buruk terhadap mana-mana pemain pertahanan."

Penyerang berusia 35 tahun itu menyumbat dua gol dalam kemenangaan 3-2 ke atas Southampton dalam final Piala EFL, Ahad lalu, sekaligus memastikan Jose Mourinho muncul pengendali United pertama merangkul trofi dalam musim pertamanya.

About Author

Staff Writer

Comment