Ibrahimovic miliki ego besar untuk beraksi dalam NFL

By Staff Writer 4 February 2017 107
Ibrahimovic miliki ego besar untuk beraksi dalam NFL

Pakar menjaringkan gol dan meraih kejuaraan dengan bola di kakinya, Zlatan Ibrahimovic, mendedahkan di mana posisi terbaiknya andai kata dia beraksi dalam Liga Bolasepak Kebangsaan (NFL).

Ramai yang mungkin berpendapat penyerang Manchester United yang penuh keyakinan itu akan beraksi selaku 'punter' atau 'kicker', namun oleh kerana Ibrahimovic seorang yang mempunyai pemikiran berlainan, dia berasakan posisi 'wide receiver' menjadi pilihan utama.

"Posisi yang sering membawa perubahan dalam permainan," Ibrahimovic memberitahu Fox Sports.

"Saya yang akan bertindak menerima hantaran bola. Saya mungkin tidak memiliki larian pantas tetapi saya akan melanggar sesiapa saja yang berada di hadapan."

Ibrahimovic mengadakan perjumpaan dengan bekas pertahanan New York Giants, Osi Umenyiora, minggu ini dan bekas Pro Bowler itu berasakan Ibrahimovic memiliki keyakinan untuk beraksi dalam NFL.

"Dia memiliki mentaliti selaku atlet NFL," ujar Umenyiora. "Setiap perlawanan melibatkan konfrontasi fizikal, jadi penting untuk memiliki ego yang besar."

Ego dan Ibrahimovic tidak dapat dipisahkan, namun pemain berusia 35 tahun itu hampir pasti tidak akan menyeberangi Lautan Atlantik bagi menceburi bidang baru dalam masa terdekat.

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Kami tidak salahkan Wenger -- Mustafi

By 4 Februari 2017. 3.39 AM