Zlatan Ibrahimovic berkongsi kegembiraannya apabila dapat bergandingan dengan Paul Pogba di Manchester United.

Kedua-duanya, Ibrahimovic dan Pogba, tiba di Old Trafford menjelang kempen 2016-17 dan telah muncul sebagai watak penting bersama Red Devils.

Mereka memainkan peranan penting dalam kemenangan 2-1 United ke atas Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Rabu lalu, dengan menjaringkan gol dan membuat bantuan jaringan antara mereka.

Masih segar dengan kejayaan mereka di Selhurst Park, Ibrahimovic menyatakan bahawa dia gembira dapat beraksi bersama pemain kebangsaan Perancis itu.

"Saya sedang menunggu bola. Saya cuba untuk terus berada di hadapan kerana pasukan lawan menggunakan corak bertahan," Ibrahimovic memberitahu laman web United apabila ditanya mengenai jaringan kesembilannya dalam liga musim ini.

"Mereka bermain dengan baik, bertahan dengan baik, jadi saya membuat larian pada masa yang tepat. Kemudian saya mendapat bola dari Pogba, ia merupakan satu hantaran yang baik, dan saya cuba untuk mencari sudut yang baik, melakukan rembatan dan ia gol.

"Kami banyak berbincang dan kami cuba untuk membantu satu sama lain. Saya rasa dia suka bermain dengan saya dan saya juga suka bermain dengan dia.

"Tetapi ia bukan hanya mengenai kami berdua, ia mengenai keseluruhan pasukan. Kami melakukan kerja keras untuk mencapainya.

"Anda boleh melihat kami tidak berada di kedudukan teratas tetapi masih mampu meraih kemenangan. Kadang-kadang anda berada di kedudukan teratas liga tetapi gagal untuk mencari kemenangan, seperti apa yang berlaku dalam beberapa minggu yang lalu."

Perlawanan United seterusnya adalah menentang West Brom, esok.