Hull hilang khidmat Hernandez, Keane ekoran kecederaan

By Staff Writer 8 November 2016 69
Hull hilang khidmat Hernandez, Keane ekoran kecederaan
Hull City akan beraksi tanpa kelibat penyerang mereka, Abel Hernandez, untuk aksi yang akan datang ekoran dia mengalami kecederaan pangkal paha ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas Southampton, Ahad lalu.

Hernandez hanya beraksi selama sembilan minit di Stadium KCOM, dengan Hull mencatatkan kemenangan ketiga mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini hasil jaringan Robert Snodgrass dan Michael Dawson.

Dieumerci Mbokani menggantikan pemain kebangsaan Uruguay itu dan dia mungkin akan mengisi kekosongan di bahagian serangan yang ditinggalkan oleh Hernandez -- yang telah membuat 10 penampilan liga untuk skuad bimbingan Mike Phelan setakat ini.

Hull menjangkakan Hernandez tidak akan beraksi untuk sekurang-kurangnya empat minggu selain turut kehilangan khidmat Will Keane.

Keane akan menjalani ujian lanjut untuk mengetahui tahap kecederaannya setelah bengkak di bahagian lututnya semakin berkurangan.

About Author

Staff Writer

Comment