Hughton: Brighton mampu kekal bersaing dalam EPL

By Staff Writer 17 April 2019 270
Hughton: Brighton mampu kekal bersaing dalam EPL
BRIGHTON 0 CARDIFF 2

Chris Hughton percaya semangat pasukan Brighton and Hove Albion cukup untuk memastikan mereka tidak tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.


Brighton mampu meraih lapan mata daripada zon penyingkiran awal pagi tadi tetapi mereka kini hanya dipisahkan dengan dua mata dengan Cardiff City, yang meraih kemenangan 2-0 di Stadium Amex.

The Seagulls bagaimanapun memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan, namun mereka bakal berdepan lawan seperti Tottenham, Arsenal dan Manchester City untuk baki saingan.

Bagaimanapun, Hughton yakin dengan kemampuan pasukannya untuk kekal bersaing dalam EPL.

"Segalanya masih lagi berpihak kepada kami untuk kekal dalam EPL," kata Hughton.

"Brighton dibarisi skuad muda dan perkara yang berlaku sudah dijangka.

"Kami telah tewas dua kali di laman sendiri, kami tidak memiliki sebarang pilihan untuk menerimanya dan meneruskan baki saingan musim ini.

"Terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dan saya yakin semangat pasukan ini cukup untuk memastikan kami kekal dalam EPL."

Brighton terpaksa menerima kekalahan menerusi jaringan Nathaniel Mendez-Laing dalam separuh masa pertama sebelum Sean Morrison melengkapkan kemenangan pelawat lima minit selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua.

About Author

Staff Writer

Comment