Howe: Jentera pertahanan kami berada di tahap terbaik

By Ryan Benson 14 December 2016
Howe: Jentera pertahanan kami berada di tahap terbaik

BOURNEMOUTH 1 LEICESTER 0

Eddie Howe memuji barisan pertahanan Bournemouth selepas mereka berjaya mengekang kemaraan Leicester City ketika menang 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.


Pasukan pelawat hadir ke perlawanan ini dengan tahap keyakinan yang tinggi apabila menewaskan Manchester City 4-2 dan dilihat sudah menemui rentak permainan mereka.

Namun, Leicester seakan-akan kembali seperti awal musim ini di Stadium Vitality, jentera serangan yang dibarisi Riyad Mahrez dan Jamie Vardy gagal menggugat pasukan lawan.

Howe menyifatkan Leicester bergelut kerana prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya.

"Ia bukan perlawanan yang biasa, kami berdepan juara bertahan. Kami mengetahui kualiti yang dimiliki The Foxes dan pasukan saya berjaya mengekang setiap gerakan Leicester.

"Pujian harus diberikan kepada jentera pertahanan kami."

Claudio Ranieri menegaskan keputusan perlawanan ini amat mengecewakan buat Leicester tetapi memberikan pujian terhadap persembahan pasukan.

"Keputusan ini amat menyedihkan kerana kami telah menghasilkan banyak peluang berbanding Bournemouth," kata Ranieri. 

"Dalam separuh masa kedua, kami bermain dengan lebih baik. Mereka berhak menjaringkan gol.

"Jika kami mampu mengekalkan gaya permainan ini, saya yakin kami mampu menghasilkan keputusan yang memihak kepada kami."

About Author

Ryan Benson

Comment