Hilang khidmat Ibra bagai 'malapetaka' buat United -- Mourinho

By Chris Myson 31 December 2016
Hilang khidmat Ibra bagai 'malapetaka' buat United -- Mourinho

Jose Mourinho berkata sebarang kecederaan yang dialami oleh Zlatan Ibrahimovic akan menjadi 'malapetaka' buat Manchester United.

Pemain berusia 35 tahun itu merupakan pemain berpengaruh buat United sejak berhijrah ke Old Trafford dari Paris Saint-Germain (PSG) secara percuma, setelah meledak 12 gol dalam 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Mourinho secara konsisten memberikan pujian kepada Ibrahimovic dan memberitahunya supaya terus bekerja keras untuk menjaringkan gol di England berbanding apa yang telah dilakukan oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam LaLiga.

"Ia bagaikan bencana, United seakan-akan sukar untuk bernafas jika Ibrahimovic mengalami kecederaan," kata Mourinho.

"Di Sepanyol, Messi dan Cristiano [Ronaldo] banyak menjaringkan gol daripada sepakan penalti.

"Dalam EPL, Zlatan telah bermain dalam 18 perlawanan dan hanya menjaringkan satu gol daripada sepakan penalti. Bukan mudah untuk menjaringkan gol di England.

Walaupun bimbang jika kehilangan khidmat Ibrahimovic, Mourinho tidak memiliki sebarang perancangan untuk mendapatkan penyerang baru Januari ini.

"Kami ada Zlatan, Rooney, Rashford dan Martial yang mampu beraksi sebagai pemain nombor 9 untuk United.

"Kami tidak akan mendapat penyerang baru pada Januari ini, mungkin pada musim panas nanti."

About Author

Chris Myson

Comment