Hidup Wenger mungkin sesal kerana gugurkan Sanchez

By Iain Strachan 6 March 2017
Hidup Wenger mungkin sesal kerana gugurkan Sanchez
Menggugurkan Alexis Sanchez ketika Arsenal tewas 3-1 kepada Liverpool boleh menjadi permulaan kepada berakhirnya zaman Arsene Wenger, menurut Jamie Redknapp.

Pemain terbaik Gunners dan penyerang Chile, Sanchez, tidak disangka-sangka muncul antara pemain gantian ketika Arsenal tewas kepada pesaing untuk kelayakan Liga Juara-Juara di Anfield, kelmarin.

Laporan mengenai Wenger muncul selepas pengguguran yang mungkin didorong oleh sikap bekas pemain Barcelona itu di dalam latihan dan selepas tewas 5-1 kepada Bayern Munich akhir bulan lalu.

"Menggugurkan Alexis Sanchez untuk kunjungan ke Anfield telah menjadi tempoh 'Ruud Gullit' buat Arsene Wenger," kata bekas pemain Liverpool, Tottenham Hotspur dan England itu.

"Ruud (Gullit) meninggalkan (pemain kegemaran Newcastle) Alan Shearer di bangku simpanan untuk aksi 'derby Tyne-Wear' pada 1999 dan ia terbukti menjadi kejatuhannya -- dia meletak jawatan tiga hari selepas kekalahan 2-1.

"Apabila perkara mula berjalan salah, pengurus boleh terdesak. (Bekas pengurus Chelsea) Andre Villas-Boas mengetepikan Ashley Cole, Frank Lampard dan Michael Essien dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Napoli dan dalam musim penuh terakhir, (bekas bos Liverpool) Brendan Rodgers, tidak memilih Steven Gerrard untuk kunjungan ke Bernabeu.

"Apabila anda membuat keputusan sambil meninggalkan pemain terbaik dalam perlawanan penting, anda perlu menang. Arsenal tewas di tangan Liverpool pada Sabtu dan hidup Wenger menyesal kerana keputusannya itu."

About Author

Iain Strachan

Comment