Hiddink berminat ambil alih Leicester

By Staff Writer 2 March 2017 201
Hiddink berminat ambil alih Leicester

Bekas pengendali Belanda, Gus Hiddink, mengakui jawatan pengurus Leicester City menarik perhatiannya.

Laporan di England mendakwa wakil Hiddink telah dihubungi hujung minggu lalu, dengan pegawai Leicester berminat untuk mengetahui sama ada pengendali berusia 70 tahun itu berminat untuk sekali lagi berkhidmat dalam Liga Perdana Inggeris.

Bekas pengurus The Foxes, Nigel Pearson, pengendali Nantes, Sergio Conceicao, bekas ketua jurulatih England, Roy Hodgson, dan pengurus Huddersfield Town, David Wagner, turut dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium King Power sebagai penganti Claudio Ranieri, yang dipecat minggu lalu.

Hiddink, yang tugas terakhirnya merupakan pengendali sementera Chelsea musim lalu, menafikan telah dihubungi penyandang juara liga itu, namun mengakui tertarik dengan idea tersebut.

"Mereka tidak menghubungi saya," Hiddink memberitahu De Telegraaf.

"Pada saya, Leicester telah melakukan tugas baik menyerahkan tugas pengendali kepada penolong jurulatih mereka. 

"Saya terlalu mencintai bola sepak, jadi sudah tentu idea itu menarik."

Leicester telah melantik Craig Shakespeare -- penolong jurulatih ketika di bawah Ranieri -- sebagai pengendali sementara skuad utama.

About Author

Staff Writer

Comment