Herrera terima panggilan sulung skuad senior Sepanyol

By Alex Fisher 3 October 2016
 Herrera terima panggilan sulung skuad senior Sepanyol
Ander Herrera berpeluang untuk membuat penampilan antabarangsa pertamanya setelah tersenarai dalam skuad kebangsaan Sepanyol untuk aksi kelayakan Piala Dunia yang akan datang. 

Pemain tengah Manchester United itu pernah memperkuatkan pasukan bawah 21 dan 23 tahun Sepanyol tetapi belum pernah dipanggil untuk pasukan senior. 

Namun, Herrera menerima panggilan itu susulan prestasi memberangsangkan dalam Liga Perdana Inggeris untuk meraih kepercayaan jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui, untuk menyenaraikannya menjelang aksi menentang Itali dan Albania. 

Selepas menghabiskan beberapa minggu pertama di bangku simpanan, Herrera diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama United di bawah kendalian Jose Mourinho, di mana dia telah menjalin kerjasama yang memberangsangkan bersama Paul Pogba.
 

About Author

Alex Fisher

Comment