Henderson mahu Liverpool akhiri musim ini dengan penuh bergaya

By Dejan Kalinic 14 February 2017 5747
Henderson mahu Liverpool akhiri musim ini dengan penuh bergaya

Kapten Liverpool, Jordan Henderson, mahu menyaksikan pasukannya memenangi kesemua baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sambil mengakui pemain-pemain telah mengecewakan pengurus, Jurgen Klopp.

Skuad bimbingan Klopp meraih kemenangan pertama tahun 2017 apabila menundukkan Tottenham 2-0 di Anfield pada Sabtu lalu.

Henderson mahu melihat Liverpool, yang menduduki tangga kelima, menghabiskan musim dengan penuh bergaya -- memenangi baki 13 perlawanan liga.

"Dari hari pertama, kami telah cuba meletakkan sasaran untuk memenangi setiap perlawanan," ujar Henderson.

"Kadang-kala ia gagal dilaksanakan tetapi itu merupakan sasaran kami dan saya akan cuba memastikan kami mampu meraih kemenangan untuk baki perlawanan musim ini."

Liverpool mengharungi permulaan 2017 yang teruk, tersingkir daripada Piala EFL dan Piala FA, malah terkeluar daripada persaingan untuk merebut takhta liga apabila sekadar meraih satu kemenangan dalam sembilan perlawanan.

Henderson berkata dia dan rakan sepasukannya perlu dipersalahkan kerana gagal mempamerkan persembahan berkualiti.

"Ia merupakan tanggungjawab di atas prestasi hambar ini, kami mengecewakan diri sendiri, pengurus dan penyokong-penyokong kami.

"Kami perlu mengambil kemenangan ke atas Spurs dan cuba untuk menamatkan musim ini dengan baik."

Liverpool memiliki tempoh masa yang panjang bagi membuat persiapan berdepan penyandang juara EPL, Leicester City, pada 27 Februari.

 

About Author

Dejan Kalinic

Comment