Henderson mahu balas dendam terhadap Mourinho

By Dejan Kalinic 16 October 2016 73
Henderson mahu balas dendam terhadap Mourinho

Kapten Liverpool, Jordan Henderson, mahu membalas dendam ke atas Jose Mourinho kerana beliau telah menggugat cabaran pasukan untuk memenangi takhta liga pada musim 2013-14.

Skuad kendalian Mourinho yang berkunjung ke Anfield dan merakamkan kemenangan 2-0, sekaligus menamatkan cabaran mereka untuk merampas takhta liga daripada Manchester City.

Menjelang pertemuan dengan Manchester United yang kini dikendalikan oleh pengurus dari Portugal itu, Henderson mahu memastikan The Reds melakar kemenangan dan meraih tiga mata penuh.

"Saya tidak akan pernah lupa perlawanan itu kerana kami memerlukan kemenangan ketika itu," jelas Henderson.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar. Kami berada di tahap yang baik ketika itu tetapi melihat kepada cara mereka bermain, ia sangat perlahan dan bertahan sepanjang perlawanan.

"Taktik memperlahankan permainan merupakan kelebihan kepada mereka dan mereka telah pulang dengan keputusan yang mereka mahu.

"Jose adalah pakar taktikal, beliau merupakan pengurus bertaraf dunia dan telah mencipta banyak kejayaan."

About Author

Dejan Kalinic

Comment

Read Next

SSBJ B-17 kutip bekalan berharga

By 16 Oktober 2016. 2.56 PM