Penjaga gol Burnley, Tom Heaton "lebih daripada gembira" untuk kekal bersama pasukan dan mahu mendapatkan tempat di dalam skuad England pada masa akan datang.

Heaton tampil dua kali sebagai pemain gantian untuk skuad England dalam memastikan gawang gol Burnley tidak dibolosi dalam 10 perlawanan musim ini bagi memastikan pasukannya mengelak daripada penyingkiran.

Walaupun terdapat spekulasi yang melibatkan dirinya bakal menyertai Crystal Palace atau Newcastle United, kapten Burnley, Heaton, melihat masa depannya akan terus beraksi di Turf Moor, dengan pemain berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama empat tahun pada Julai 2016.

"Ia mengenai aksi Liga Perdana Inggeris dan terus bekerja keras bagi mendapatkan tempat dalam skuad England," kata Heaton.

"Saya mahu mempertingkatkan permainan saya setiap hari dan lebih daripada gembira untuk kekal bersama pasukan."

Rakan senegara Heaton, Michael Keane, telah dikaitkan bakal meninggalkan Burnley pada penghujung musim ini, tetapi penjaga gol itu menegaskan kelab mampu menampung kehilangan pertahanan berbakat itu.

"Bakat yang dimiliki pasukan ini adalah satu aset tetapi ia tidak akan kekal bersama kami.

"Kekuatan utama kami adalah etika kerja di dalam pasukan. Kami yakin mampu terus beraksi di dalam saingan EPL pada musim-musim akan datang."