Eden Hazard berkata Chelsea tidak boleh memberikan sebarang alasan selepas tewas 3-0 kepada Arsenal.

Skuad kendalian Antonio Conte tidak tewas dalam empat pertemuan pertama Liga Perdana Inggeris, namun kekalahan kepada Liverpool di Stamford Bridge gagal diperbaiki apabila tewas sekali lagi kepada Arsenal.

Arsenal meledak tiga gol dalam tempoh 40 minit pertama perlawanan untuk memastikan tiada peluang buat mereka untuk bangkit dan Hazard berkata Chelsea perlu mencari jalan untuk memperbaiki permainan mereka.

"Tiada alasan, kami gagal bersaing dengan Arsenal," jelas Hazard.

"Kami mahu memenangi perlawanan ini tetapi kami telah membuat banyak kesilapan yang menghukum kami.

"Kami perlu kembali menjalani latihan untuk memperbaiki setiap kesilapan dan kelemahan kami untuk menghadapi perlawanan besar," katanya.

Tanpa aksi di pentas Eropah musim ini, Chelsea akan berkunjung ke Stadium KCOM berdepan Hull City.