Bintang Chelsea, Eden Hazard, berkata dia bertambah baik selepas hanya seminggu bekerja dengan ketua jurulatih, Antonio Conte, di Stamford Bridge.

Hazard menghabiskan masa selama dua tahun di bawah bimbingan bekas bos, Jose Mourinho, ketika memenangi Liga Perdana, Liga Europa dan Piala EFL sebelum jurulatih Portugis itu digantikan oleh Conte musim lalu.

Pada musim pertamanya, Conte membimbing Chelsea untuk menjuarai Liga Perdana -- diterajui oleh Hazard yang mempamerkan prestasi baik.

Pemain antarabangsa Belgium itu memuji Conte dengan berkata: "Walaupun hanya selepas seminggu dengannya, saya fikir saya telah berkembang.

"Tetapi saya fikir apa yang ditunjukkannya bukan hanya di Chelsea tetapi juga di Juventus. Dia adalah jurulatih yang baik dan saya fikir dia mempunyai beberapa tahun yang baik di hadapannya."

Hazard, yang akan kembali beraksi menentang Nottingham Forest dalam Piala EFL esok selepas diganggu kecederaan pra-musim, menambah: "Terdapat banyak taktik.

"Ia tidak selalunya baik sebagai penyerang kerana anda perlu berlari, bertahan dan segala-galanya, tetapi sekurang-kurangnya pada hujung minggu, anda tahu apa yang perlu dilakukan, anda juga boleh menutup mata dan bermain. Ia bagus.

"Kami bekerja keras. Bukannya selalu mudah dalam latihan tetapi ia membuahkan hasil di atas padang. Kami bermain dengan baik, kami menang tahun lalu."