Hazard intai raih gelaran Ballon d'Or 2017

By Sacha Pisani 7 November 2016 82
Hazard intai raih gelaran Ballon d'Or 2017

Kembali menyengat di bawah kendalian Antonio Conte, pemain sayap Chelsea, Eden Hazard, mahu menjadi antara lima pemain terbaik di dunia selepas gagal disenaraikan dalam anugerah Ballon d'Or.

Selepas memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA ketika Chelsea memenangi musim 2014-15, prestasi Hazard merudum serta-merta dan gagal untuk mempamerkan aksi yang cemerlang musim lalu, namun bintang Belgium sudah kembali ke tahap yang terbaik.

Hazard meledak dua gol ketika membantu Chelsea menang 5-0 ke atas Everton pada Sabtu, dia kini telah menjaringkan tujuh gol dalam 11 penampilan Liga Perdana Inggeris selepas hanya menjaringkan empat gol musim lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang menikmati kebebasan beraksi di bawah kendalian Conte, meletakkan Ballon d'Or sebagai sasarannya musim hadapan.

"Musim lalu saya gagal memberikan yang terbaik, jadi ia merupakan perkara yang biasa kerana saya tidak disenaraikan," kata Hazard.

"Tetapi saya mahu kembali ke dalam senarai itu, dan memberikan segala-galanya, bukan untuk menjadi dalam kalangan 23 terbaik, tetapi mahu berada dalam kelompok lima terbaik di dunia.

"Ya, saya mahu mencapai ke tahap itu."

"Musim lalu merupakan saat paling sukar buat saya. Saya cuba untuk mengulangi prestasi saya dua musim yang lalu."

About Author

Sacha Pisani

Comment