Hazard enggan bandingkan dirinya setaraf Messi

By Staff Writer 4 April 2017
Hazard enggan bandingkan dirinya setaraf Messi
Bintang Chelsea, Eden Hazard, enggan menyifatkan dirinya setaraf dengan Lionel Messi, sebaliknya memuji bintang Barcelona itu sebagai "pemain yang berseni".

Hazard mempamerkan prestasi yang konsisten musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan skuad bimbingan Antonio Conte menerajui takhta liga dengan kelebihan tujuh mata ke atas pesaing terdekat, Tottenham Hotspur.

Persembahan pemain kebangsaan Belgium itu membenarkan dirinya untuk dibandingkan dengan pemenang Ballon d'Or, Messi, tetapi Hazard kekal merendah diri dan fokusnya adalah cuba untuk menggembirakan penyokong The Blues.

"Pada saya, pemain yang berseni adalah Zinedine Zidane dan Ronaldinho," katanya.

"Kemudian hadirnya Messi. Apa yang mampu dilakukannya dengan bola adalah sesuatu yang ajaib. Saya tidak melihat diri saya setaraf dengannya. Saya tidak membandingkan diri saya dengannya.

"Saya hanya mahu menggembirakan penyokong-penyokong Chelsea."

About Author

Staff Writer

Comment