Penjaga gol England, Joe Hart, mengakui dia tidak mempunyai banyak pilihan sebelum berhijrah dari Manchester City tetapi mengucapkan terima kasih kepada Torino.

Hart telah dipinjamkan ke kelab Serie A itu selepas gagal mendapatkan perhatian pengendali, Pep Guardiola, yang telah mendapatkan khidmat penjaga gol Barcelona, Claudio Bravo.

Pemain berusia 29 tahun itu telah memiliki banyak peluang sebelum dipinjamkan tetapi berpuas hati dengan keputusannya untuk bersama Torino.

"Saya tidak memiliki banyak pilihan, Torino merupakan kelab yang bagus dan saya amat teruja untuk beraksi dalam Serie A bersama mereka.

"Ia merupakan satu keputusan yang tepat," jelas Hart.

"Saya tidak mempunyai peluang untuk mempamerkan kualiti saya kepada Guardiola ketika di City, jadi saya membuat keputusan untuk melakukannya di tempat lain.

"Torino merupakan kelab yang terbaik buat saya untuk mengembalikan kualiti yang saya miliki sebelum ini."