Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan, menjalani pembedahan lutut untuk membaiki kecederaan ligamen lututnya.

Pemain kebangsaan Jerman itu mengalami kecederaan itu ketika menewaskan Watford 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dia bakal terlepas baki perlawanan pada musim pertamanya di England.

Gundogan merupakan pemain pertama ditandatangani oleh Pep Guardiola sejak di Stadium Etihad, namun tidak dapat membuat penampilan pada awal musim kerana mengalami kecederaan lutut yang memaksa bekas pemain Borussia Dortmund itu terlepas aksi Euro 2016.