Guidolin: Swansea perlu pamer aksi terbaik untuk tewaskan Man City

By Jon Fisher 23 September 2016
Guidolin: Swansea perlu pamer aksi terbaik untuk tewaskan Man City

Pengurus Swansea City, Francesco Guidolin, berkata pemain-pemainnya perlu berada di tahap terbaik untuk mendapatkan keputusan yang baik ketika berdepan Manchester City.

Kedua-dua pasukan telah bertemu pada pertengahan minggu dalam aksi Piala EFL yang menyaksikan Swansea tewas 2-1 kepada skuad kendalian Pep Guardiola.

Swansea, yang hanya telah memenangi satu perlawanan daripada lima perlawanan liga, menimbulkan beberapa tanda tanya mengenai masa depan Guidolin, dengan Ryan Giggs dilaporkan bersedia mengambil alih tugas di Stadium Liberty.

Pengendali dari Itali itu berkata beliau tidak tertekan, malah menganggapnya cabaran yang positif buat pemain berdepan City.

"Kami harus melihat ke hadapan, jika kamu bekerja keras, pasti mampu menghasilkan keputusan yang diinginkan.

"Kami perlu mempamerkan aksi terbaik kami untuk menewaskan City."

About Author

Jon Fisher

Comment