Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menggesa Leroy Sane agar pemain sayap itu mempamerkan kebangkitan selepas melalui permulaan suram pada musim ini.

Sane, 22, membintangi saingan musim lalu apabila memenangi anugerah Pemain Muda Tahunan Terbaik PFA dan menjulang trofi liga, namun masih belum beraksi dalam kesebelasan utama pasukan bagi musim 2018/19.

Dia disingkirkan daripada skuad Piala Dunia Jerman di Russia, sambil reaksinya menjadi persoalan buat rakan sepasukan, Toni Kroos, ketika aksi antarabangsa.

Situasi itu membuatkan Guardiola menggesa Sane -- yang hanya beraksi selama 30 minit pada musim ini -- agar kembali bangkit, namun masih terlalu awal untuk menghakimi bekas penggempur Schalke itu.

"Sane akan menjadi seorang pemain penting untuk kelab. Ia satu cabaran buatnya dan bukan sekadar dia tetapi semua orang," kata Guardiola.

'Musim ini akan diadili 11 bulan lagi dan selepas bukan tiga minggu. Dia adalah pemain yang baik dan saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan buruk tentangnya.

"Dia harus membuktikannya melalui cara yang tepat. Dia sangat kompetitif dan profesional. Kadangkala, untuk sesetengah pemain, memang caranya begitu sambil ada juga yang menurun ketika penghujung musim.

"Kami tidak boleh lupakan bahawa dia baru berusia 22 tahun. Bernardo Silva, Gabriel Jesus dan Raheem Sterling serta Sane akan terus berkembang. Apa yang penting adalah kami cuba membantu mereka."

Sane menyertai City pada 2016, menamatkan saingan musim lalu dengan 10 gol dan 15 bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris.

Guardiola menjelaskan dia masih gembira untuk bekerjasama dengan Sane tetapi berpendapat aksi Bernardo yang hanya melakukan 15 penampilan pada musim lalu, berhak menerima peluang.

"Bernardo bermula dalam keadaan hebat dan dia layak beraksi. Dia bermain dengan cemerlang," tambahnya.

"Ia menjadi satu cabaran buat mereka dan juga saya untuk mengekalkan tahap masing-masing.

"Semua orang berada di sini kerana selepas tiga tahun, saya mahu bekerjasama dengan mereka. Ia mudah."