Guardiola tidak akan kendalikan pasukan sehingga usia 60 tahun

By Tom Webber 3 January 2017
Guardiola tidak akan kendalikan pasukan sehingga usia 60 tahun

MANCHESTER CITY 2 BURNLEY 1

Pep Guardiola berkata beliau semakin hampir ke penghujung kariernya sebagai pengendali pasukan.

Pengurus berusia 45 tahun itu memiliki kontrak selama tiga tahun di Stadium Etihad tetapi Guardiola tidak membayangkan dirinya akan terus berada di dalam kancah bola sepak sebagai pengurus pasukan pada masa akan datang.

Dilihat sebagai salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman, pengendali dari Sepanyol itu telah memenangi 22 piala sejak mula mengambil alih Barcelona B pada 2007.

Guardiola mengemudi pasukan untuk memenangi 'treble' bersama Barca buat pertama kali pada musim 2008-09 dan memenangi takhta Bundesliga tiga kali berturut-turut ketika bersama Bayern Munich.

Walaupun masih di peringkat awal bersama City, Guardiola berkata beliau sudah semakin hampir ke penghujung jalan kariernya.

"Saya akan berada di Manchester untuk tiga musim akan datang, mungkin lebih, tetapi saya sudah tiba di penghujung karier saya," katanya.

"Saya tidak akan mengendalikan pasukan sehingga saya berusia 60 atau 65 tahun."

 

About Author

Tom Webber

Comment