Guardiola: Saya tidak terlepas daripada pemecatan

By Sacha Pisani 14 December 2016 65
Guardiola: Saya tidak terlepas daripada pemecatan

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata beliau tidak terselamat daripada pemecatan dan mengakui keputusan yang positif merupakan keutamaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Guardiola berada di dalam keadaan yang tertekan apabila City tewas 4-2 kepada juara bertahan EPL, Leicester City, pada Sabtu -- kekalahan kedua berturut-turut mereka.

Dua kekalahan ini telah meninggalkan City tujuh mata di belakang pendahulu liga, Chelsea, dengan skuad bimbingan Guardiola hanya berjaya mencipta empat kemenangan dalam 15 perlawanan dalam semua pertandingan.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu masih tetap dengan pendirian untuk enggan melakukan sebarang pertukaran di dalam taktikalnya.

"Bola sepak tidak wujud sebagai satu projek jangka masa panjang," kata Guardiola.

"Anda perlu menang secepat yang mungkin dan jika anda gagal melakukannya, anda akan menghadapi masalah.

"Ya, kelab yang bersedia bagi jangka masa panjang, tetapi jurulatih, pengurus pasukan perlu mencari kemenangan, jika tidak, anda akan dipecat.

"Saya tidak pernah dipecat dan ini merupakan kali pertama dalam hidup, saya tidak melakar kemenangan dalam satu tempoh yang agak lama. Saya mengharapkan musim depan yang baik tetapi saya mengetahui sejak saya tiba di sini, saya harus memenangi perlawanan secepat yang mungkin.

"Saya berasakan pemilik kelab memberikan kepercayaan kepada saya tetapi realitinya anda harus melakar kemenangan. Kedudukan saya bersama pasukan bergantung kepada keputusan perlawanan."

About Author

Sacha Pisani

Comment