Pep Guardiola tidak berhasrat untuk menukar Manchester City menjadi seperti Barcelona dan menegaskan ia merupakan satu perkara yang mustahil untuk meniru gaya permainan mereka dalam tempoh tiga tahun kontraknya di Stadium Etihad.

Guardiola mengalami malam yang buruk di Nou Camp selepas The Citizens tewas 4-0 kepada Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara.

Bekas pengendali Barca dan Bayern Munich itu berkata dia akan meneruskan taktikalnya menjelang aksi bertemu Southampton.

"Saya tidak mahu bermain seperti Barcelona. Mereka bermain dengan cara itu kerana memiliki pemain yang berkualiti seperti Lionel Messi," jelas Guardiola.

"Saya mahu belajar dan cuba mengubah gaya permainan untuk pasukan dan memenangi sebanyak perlawanan yang mungkin.

"Itu adalah sasaran saya. Pemain-pemain sudah bekerja keras setiap hari."