Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menetapkan pendiriannya untuk tidak bekerja bersama Lionel Messi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu telah mula menyerlah dalam dunia bola sepak di bawah kendaliannya bersama Barcelona dari tahun 2008 sehingga 2012, manakala kehadiran bekas tunjang utama Barcelona, Txiki Begiristain dan Ferran Soriano di Stadium Etihad mengaitkan perpindahan Messi ke kelab inggeris itu.

Pemain berusia 29 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United tetapi ketika bercakap dalam sidang media menjelang pertemuan City dengan Burnley, Guardiola menyuarakan pendapatnya bahawa gaya permainan yang diterapkan oleh Jose Mourinho tidak sesuai dengannya.

"Saya telah memberitahu kepada anda lebih daripada sekali, Messi akan kekal di Barcelona," katanya.

"Dia akan menamatkan kariernya di Barcelona. Itu adalah impian saya."