Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berharap kemenangan di tempat lawan akan memberikan momentum untuk melakar kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Chelsea minggu hadapan.

Sergio Aguero yang mengalami kecederaan tapak kaki meledak dua gol, menyaksikan City bangkit menewaskan Burnley 2-1, tujuh hari selepas mengulangi keputusan yang sama ketika berdepan Crystal Palace di Selhurst Park.

Skuad kendalian Antonio Conte melakar kemenangan ketujuh selepas menewaskan Tottenham, yang menyaksikan mereka di persada liga dengan perbezaan satu mata.

"Menang ke atas Crystal Palace dan Burnley sangat penting buat kami," jelas Guardiola.

"Ia memberikan momentum kepada kami untuk berdepan pasukan terkuat dalam EPL setakat ini.

"Mereka telah bermain dengan baik hampir enam minggu -- gaya permainan mereka sangat mantap.

"Kami perlu mencuba untuk menewaskan mereka."