Guardiola kecam pemain benarkan Spurs bangkit

By Staff Writer 22 January 2017 141
Guardiola kecam pemain benarkan Spurs bangkit

Pep Guardiola membidas pemainnya gara-gara membenarkan Tottenham Hotspur menyamakan kedudukan meskipun mendahului 2-0 pada awal permainan.

Dua kesilapan oleh Hugo Lloris menghadiahkan gol kepada Leroy Sane dan Kevin De Bruyne untuk membenarkan City mendominasi perlawanan sejak awal permainan.

Bagaimanapun, Delle Alli berjaya merapatkan jurang sejurus selepas gol De Bruyne sebelum Son Heung-Min menyamakan kedudukan selepas Kyle Walker dengan jelas menolak Raheem Sterling di dalam kotak penalti, namun pengadil, Andre Marriner, menafikan laungan penalti oleh kem City.

City menguasai hampir keseluruhan babak pertama, namun gagal melunaskan peluang dalam separuh masa kedua untuk mengundang kecaman Guardiola.

Dia memberitahu BT Sport: "Kami bermain dengan cukup baik tetapi apabila kamu terlepas banyak peluang, kamu tidak akan melakar kemenangan.

"Itulah yang berlaku sepanjang musim ini, kami mencipta banyak peluang tetapi gagal menyudahkannya.

"Kami tidak akan melakar keputusan positif kerana dalam perlawanan besar, kami gagal menyempurnakan peluang yang hadir.

"Tottenham merupakan pasukan yang kuat, gagal melunaskan peluang berdepan mereka akan membawa padah.

"Apabila kamu menyudahkan peluang yang hadir, peranan pengadil tidak lagi menjadi isu, tetapi apabila kamu gagal melakukan penyudah, pengadil akan menjadi alasan untuk dipersalahkan."

About Author

Staff Writer

Comment