MANCESTER CITY 1 SOUTHAMPTON 1

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata dia akan mencari jalan penyelesaian kepada kemarau kemenangan mereka apabila seri 1-1 dengan Southampton.

Kelechi Iheanacho menidakkan gol pendahuluan Nathan Redmond dalam separuh masa pertama untuk memastikan City mengungguli takhta liga dangan perbezaan jaringan tetapi mereka telah gagal mencipta kemenangan dalam lima perlawanan.

Prestasi merudum ini tidak mencerminkan permulaan di Stadium Etihad, apabila City melakar 10 kemenangan berturut-turut dan menjaringkan 30 gol.

Guardiola berbincang dengan pemainnya hampir 40 minit selepas perlawanan tamat.

"Anda boleh menang 10 perlawanan dan gagal menang lima perlawanan berikutnya," kata Guardiola. "Saya perlu kembali mencari punca masalah ini.

"Kami adalah sebuah pasukan yang bersatu. Kami telah berbincang mengenai masalah ini dan kami mahu kekal berada di kedudukan ini."

Jaringan Redmond hadir selepas kesilapan pertahanan City, John Stones, yang melakukan hantaran kepada Vincent Kompany tetapi berjaya disambar oleh pemain Southampton itu.

Persembahan hambar City ini dapat dilihat berdasarkan beberapa kesilapan pemain: Aleksandar Kolarov menjaringkan gol sendiri ketika tewas kepada Tottenham, Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika seri 1-1 dengan Everton, dan kad merah dilayangkan kepada Claudio Bravo kerana menahan bola di luar kotak penalti ketika tewas 4-0 kepada Barcelona.

Bagaimanapun, Guardiola berkata kesilapan ini tidak harus diulangi dalam perlawanan akan datang.

"Kesilapan bukan penyebab utama -- bukan jaringan sendiri Kolarov di Spurs ataupun gagal menjaringkan sepakan penalti.

"Kami memiliki masalah ketika melancarkan serangan. Terdapat perbezaan pada separuh masa pertama dan kedua. Malangnya, kami gagal memenangi perlawanan ini."