BOURNEMOUTH 0 MANCHESTER CITY 2

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, akan mengetahui maklumat lanjut mengenai kecederaan yang dialami oleh penyerang, Gabriel Jesus, hari ini selepas membantu pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth.


Penyerang Brazil itu terpaksa meninggalkan padang apabila menanggalkan but kanannya dan menerima rawatan sebelum membenarkan Sergio Aguero beraksi di Stadium Vitality.

Raheem Sterling membuka jaringan dalam babak pertama perlawanan dan sekali lagi menjadi watak utama ketika menrencanakan gol kedua City yang disumbat oleh pertahanan lawan, Tyrone Mings.

City kini melonjak ke tangga kedua liga, ketinggalan lapan mata kepada pendahulu liga, Chelsea, tetapi Guardiola memberikan tumpuan penuh kepada kecederaan yang dialami oleh Jesus.

"Kami akan mengetahui apa yang dialami oleh Jesus pada hari ini," kata Guardiola kepada Sky Sports. "Dia tidak benasib baik dalam perlawanan ini.

"Saya berharap kecederaannya tidak akan berpanjangan."

Kecederaan pemain berusia 19 tahun itu memberikan peluang kepada Aguero untuk kembali menyerlah dan sekali lagi membuktikan kebolehannya.

Guardiola tidak menyedari gol kedua perlawanan yang dijaringkan sendiri pasukan lawan merupakan hasil permainan yang ditampilkan oleh Aguero.

"Dia bermain dengan baik, cuba untuk mendapatkan bola daripada pasukan lawan. Keyakinan yang dimiliki Aguero sangat penting buat kami. Saya sangat gembira buat dirinya.

"Dia adalah pemain yang berperanan buat pasukan, saya yakin dia mampu membantu pasukan mengharungi jadual padat yang menanti kami."