Guardiola enggan tukar taktik The Citizens

By Iain Strachan 13 December 2016
Guardiola enggan tukar taktik The Citizens

Pep Guardiola menyedari Manchester City sedang bergelut tetapi menetapkan pendiriannya untuk tidak melakukan pertukaran taktikal.

Pada awal musim, City kelihatan cemerlang beraksi di bawah kendalian bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi mereka mengalami kekalahan berturut-turut selepas tewas 3-1 kepada Chelsea dan 4-2 di tangan Leicester City.

Guardiola menegaskan beliau tidak mengubah pendekatan pasukan yang telah membawa kejayaan dalam LaLiga dan Bundesliga.

"Tidak. Kami tidak akan mengubah gaya permainan kami," kata Guardiola.

"Saya percaya dengan gaya permainan ini. Ya, saya perlu menyesuaikan diri dengan gaya permainan EPL tetapi ia tidak bermakna saya harus melakukan perubahan. Gaya permainan saya adalah yang terbaik.

"Kami harus mengakui kami gagal bermain dengan baik bulan lalu. Kami tewas di laman sendiri dan saya tidak memiliki sebarang alasan mengenainya."

Guardiola mengesahkan pemain tengah, Yaya Toure, akan beraksi berdepan The Hornets walaupun menerima hukuman memandu dalam keadaan mabuk minggu ini.

"Dia sudah bersedia untuk beraksi dalam perlawanan berdepan Watford."

About Author

Iain Strachan

Comment