Guardiola cabar Mangala pamer aksi terbaik

By Staff Writer 9 September 2017 575
Guardiola cabar Mangala pamer aksi terbaik
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mencabar Eliaquim Mangala untuk membuktikan kebolehan sebenar kerana bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vincent Kompany yang mengalami kecederaan betis.

Mangala, yang menyertai The Citizens pada Ogos 2014 dari Porto, beraksi cemerlang bersama Kompany dalam aksi pertama ketika seri 1-1 dengan Chelsea, namun pertahanan itu gagal mendapatkan aksi terbaiknya dan sering melakukan kesilapan di atas padang.

Selepas gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama sepanjang dua musim ini, pemain berusia 26 tahun itu telah dipinjamkan ke Valencia pada musim 2016-17.

Dengan ketiadaan Kompany bagi aksi berdepan Liverpool, Guardiola meletakkan harapan ke atas Mangala untuk mempamerkan aksi cemerlang.

"Dia bersama kami kerana memiliki keinginan untuk bermain," kata Guardiola.

"Saya mengetahui kualiti yang dimilikinya. Dia adalah seorang pertahanan yang berbakat. Kami akan membantunya untuk memperbaiki permainannya dalam usaha untuk meningkatkan semula keyakinannya.

"Sebelum jendela perpindahan ditutup, saya bercakap dengan Mangala, 'Kamu sebahagian daripada pasukan ini, kamu perlu berusaha bagi mendapatkan tempat dan selepas itu kami akan membuat keputusan'."

About Author

Staff Writer

Comment