PLYMOUTH ARGYLE 0 LIVERPOOL 1

Jurgen Klopp gembira Liverpool dapat mengelak aksi dalam masa tambahan apabila menyingkirkan Plymouth Argyle 1-0 di Home Park, awal pagi tadi.

Lucas Leiva menyumbat gol pertamanya dalam tempoh enam tahun untuk membantu Liverpool melepasi pusingan ketiga Piala FA.

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu belum pernah kalah dalam 19 pertemuan terakhir dengan pasukan divisyen keempat dan ke bawah, namun mereka dikerah sebelum dapat mengesahkan pertemuan dengan Wolves dalam pusingan berikutnya.

Klopp berasakan pasukannya seharusnya menang dengan selesa, dengan Divock Origi gagal menyempurnakan sepakan penalti di penghujung perlawanan dan terlepas satu lagi sepakan penalti apabila Daniel Sturridge dijatuhkan.

"Semakin lama anda tidak menjaringkan gol, ia menjadi semakin menarik dan anda dapat melihat mereka mula menghantar bola terus ke depan. Kami tidak biasa dengannya dan pemain pertahanan kami juga jarang digandingkan bersama, "kata Klopp kepada BT Sport.

"Baiklah, mereka mempunyai beberapa peluang dan begitu juga dengan kami, khususnya di penghujung 20 minit di mana kami menguasai permainan. Mungkin ia bukan perlawanan paling menarik tetapi bagi kami, ia cukup penting kerana ia satu lagi peluang buat pemain muda, jadi semuanya berjalan lancar.

"Saya menggemari bola sepak sebegini di mana setiap pemain mampu mencetuskan masalah.

"Jelas sekali kami berhak mendapat sepakan penalti dalam separuh masa pertama dan ia amat membantu kerana mereka jarang digandingkan bersama. Anda dapat saksikan mereka agak gemuruh kerana bimbang dikalahkan sebuah pasukan divisyen keempat.

"Saya berpuas hati dengan aksi dalam separuh masa kedua, namun ia agak statik. Kami memiliki tendangan penalti dan kalau menang 2-0, 3-0, 4-0 pasti lebih baik, tapi saya menerima kemenangan 1-0.

"Saya tidak begitu bimbang dengan kemaraan tapi saya fikir 'Oh tuhanku, masih ada lagi 30 minit untuk diharungi', tapi baguslah, tiada tambahan masa, tugas selesai, ayuh pulang."