Eden Hazard menegaskan gol serta bantuan jaringan tidak penting buat dirinya selagi Chelsea mampu melakar kemenangan dan membuat penyokong-penyokong The Blues gembira.

Pemain kebangsaan Belgium itu berada di tahap terbaik selepas musim 2015-16 yang mengecewakan, menjaringkan sembilan gol dalam 20 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, kejayaan peribadi tidak mendorongnya tetapi memastikan Chelsea terus berada di landasan yang tepat menjadi keutamaan musim ini.

"Pada saya, saya mahu menikmati saat saya beraksi di atas padang. Saya tidak melihat kepada statistik perlawanan dan saya tidak mencari gol," kata Hazard.

"Kejayaan pasukan adalah keutamaan saya. Bola sepak sangat mudah, anda hanya perlu memenangi perlawanan dan memastikan penyokong-penyokong anda gembira."