QPR 2 WEST BROM 3

Jake Livermore menjaringkan gol dalam waktu kecederaan untuk memastikan kemenangan 3-2 West Bromwich Albion ke atas Queens Park Rangers (QPR) dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris di Stadium Loftus Road, awal pagi tadi.


Kemenangan itu meletakkan mereka hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Leeds United.

The Baggies kelihatan akan terikat seri dengan QPR, yang tewas lima perlawanan liga berturut-turut, namun Livermore memastikan mereka meraih kemenangan ketiga daripada empat perlawanan terakhir menerusi jaringan saat-saat akhir.

Jefferson Montero meletakkan West Brom di depan pada awal permainan selepas memanfaatkan bola yang tidak dikawal rapi pertahanan lawan untuk merekodkan jaringan pertamanya buat kelab itu.

QPR menyamakan kedudukan apabila Luke Freeman menyumbat masuk bola dari kawasan penalti pada setengah jam pertama perlawanan, namun Jacob Murphy kembali meletakkan pelawat di depan pada minit ke-61 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan.

Tomer Hemed hampir memberikan keputusan seri buat tuan rumah dengan memanfaatkan sepakan penalti selepas dikasari Craig Dawson.

Namun, Livermore muncul wira West Brom menerusi penyudah jarak dekatnya pada penghujung perlawanan.