Giroud hasil gol setaraf Bergkamp, Henry

By Matthew Scott 2 January 2017
Giroud hasil gol setaraf Bergkamp, Henry

ARSENAL 2 CRYSTAL PALACE 0

Arsene Wenger berkata Olivier Giroud setaraf Thierry Henry dan Dennis Bergkamp selepas penyerang itu menghasilkan jaringan yang menarik ketika menewaskan Crystal Palace.

Giroud membuka jaringan dalam pertemuan di Stadium Emirates, melakukan flik sebagai menyempurnakan hantaran silang Alexis Sanchez untuk menewaskan penjaga gol, Wayne Hennessey.

Ia merupakan gol terbaik bagi melengkapkan penampilan ke-200 The Gunners bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, dengan Wenger memberitahu jaringan Giroud setaraf jaringan Bergkamp dan Henry.

"Saya memiliki banyak pemain yang berkualiti serta penyerang yang berbisa.

"Jaringan Giroud merupakan antara lima terbaik dalam senarai saya.

"Bergkamp ketika bertemu Leicester dan Newcastle, Henry ketika menentang Real Madrid dan Liverpool, [Nwankwo] Kanu ketika bertemu Chelsea.

"Anda tidak boleh berlatih melakukannya dalam sesi latihan kerana ia merupakan satu tindakan luar jangkaan. Jaringan itu telah bertukar menjadi satu seni."

About Author

Matthew Scott

Comment