Pemain legenda Manchester United, Ryan Giggs, bakal diumumkan sebagai pengendali baharu Swansea City selepas mengadakan perjumpaan rahsia bersama pihak pengurusan kelab itu.

The Sun UK melaporkan Giggs telah berjumpa dengan pemilik baharu kelab itu termasuk pengerusi, Hue Jenkins, di sebuah hotel di London.

Giggs sebelum ini dilaporkan berminat untuk menjadi pengendali bagaimanapun perlu meyakinkan dua pemilik dari Amerika Syarikat itu bahawa dia memiliki pengalaman untuk membawa Swansea lebih jauh.

Jenkins turut mengadakan perbincangan dengan bekas pengendali Amerika Syarikat, Bob Bradley berkenaan dengan jawatan tersebut.

Difahamkan, pengendali ketika ini, Francesco Guidolin gagal memuaskan hati pengurusan kelab tersebut apabila sekadar mengutip empat mata dari tujuh perlawanan.

Guidolin, 60 tahun dianggap sebagai pengendali berpenglaman apabila pernah mengendalikan 15 kelab di Eropah sebelum berhijrah ke England.

Senarai kelab pernah dikendalikan Guidolin:

1988 - Giorgione (Serie C2)
1989 - Treviso (Serie C2)
1990 - Fano (Serie C2)
1991 - Empoli (Serie C2)
1992 - Ravenna (Serie C2)
1993 - Atalanta (Serie A)
1994 - Vicenza (Serie A)
1998 - Udinese (Serie A)
1999 - Bologna (Serie A)
2004 - Palermo (Serie A)
2005 - Genoa (Serie A)
2005 - Monaco (Ligue 1)
2006 - Palermo (Serie A)
2008 - Parma (Serie A)
2010 - Udinese (Serie A)
2016 - Swansea City (EPL)