Bekas pemain Liverpool, Djibril Cisse, menyifatkan Steven Gerrard berkemampuan menjadi ketua jurulatih yang berjaya selepas menjadi tunjang kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) 2015.

Gerrard telah menjadi inspirasi kepada pasukannya selepas bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk menewaskan AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti.

Liverpool bangkit dalam tempoh tujuh minit bermula dengan jaringan Gerard. Selang dua minit kemudian, giliran Vladimir Smicer menjaringkan gol sebelum Xabi Alonso menyamakan kedudukan pada minit ke-60.

Cisse, yang menyertai pasukan pada penghujung perlawanan, berkata pemain kebangsaan England itu mampu menjadi seorang jurulatih yang berjaya.

"Ia mengalir di dalam dirinya, dia memberikan kata-kata semangat kepada kami, saya berpendapat dia mampu menjadi seorang pengendali yang disegani," jelas Cisse.

"Saya tidak tahu adakah ia yang mampu dilakukannya, tetapi dia kini menjadi jurulatih di akademi dan itu merupakan satu permulaan yang baik."