Pemain tengah Manchester City, Manu Garcia, telah menandatangani kontrak baru, sekaligus bakal kekal di Etihad sehingga tahun 2020.

Garcia membuat empat penampilan bersama City musim lalu -- dan menyumbang satu gol -- dan telah pun mengikat kontrak sehingga tahun 2018 sebelum City memutuskan untuk menambah dua tahun lagi dalam kontraknya.

Pemain berusia 18 tahun itu ketika ini telah dipinjamkan ke Alaves bagi musim 2016-17, namun masih belum membuat penampilan pertama di Sepanyol.

"Kami di Manchester City teruja kerana Manu bersetuju untuk kekal bersama kami," demikian kenyataan dikeluarkan City dalam laman sesawang rasmi kelab itu pada Khamis.

Garcia memuat naik status di Twitter: "Sangat berbangga kerana telah menandatangani kontrak baru. Seguimos!"

Pemain tengah itu menyertai City daripada sistem pembangunan pemain muda Sporting Gijon.

Tweet 1