Fletcher sesal tinggalkan United

By Staff Writer 31 March 2017
Fletcher sesal tinggalkan United
Pemain tengah West Brom, Darren Fletcher, mengakui dia menyesal meninggalkan Manchester United dan berharap bekas pasukannya memenangi baki perlawanan musim ini.

Albion mahu meneruskan momentum kemenangan selepas kejayaan menundukkan Arsenal 3-1, dalam pertemuan dengan The Red Devils di Old Trafford.

Pemain berusia 33 tahun itu telah membuat 223 penampilan selepas bersama pasukan itu hampir 12 tahun. Fletcher telah meraih kejayaan memenangi kejuaraan liga sebanyak empat kali, Piala FA dan gelaran Liga Juara-Juara (UCL)

Dia juga merupakan pemain yang berpengaruh ketika United dikendalikan oleh David Moyes buat musim 2013-14.

Fletcher menyertai West Brom pada Februari 2015 secara percuma apabila gagal menarik minat Louis van Gaal.

"Selama enam bulan, saya beraksi dengan baik di bawah kendalian Moyes dan Ryan Giggs," kata Fletcher.

"Sejujurnya, saya tidak berasakan saya akan berada di dalam perancangan Van Gaal.

"Saya percaya masih terdapat ruang buat saya untuk terus mempamerkan aksi yang berkualiti, jadi saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan. Saya tidak boleh terus bersama kelab tetapi tidak dapat diturunkan. Sudah tiba masanya buat saya mendapatkan cabaran baru."

Fletcher membantu West Brom meraih kemenangan 1-0 ketika dia kembali ke Old Trafford pada Mei 2015, namun tewas 2-0 dalam pertembungan musim lalu.

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Perak yakin bermula positif

By Hairi Yahaya 31 Mac 2017. 11.22 AM