Fernandinho tabik semangat The Citizens

By Dom Farrell 26 November 2016
Fernandinho tabik semangat The Citizens

BURNLEY 1 MANCHESTER CITY 2

Fernandinho berasakan Manchester City telah mempamerkan aksi yang penuh bersemangat ketika bangkit untuk menewaskan Burnley 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor.


City telah mencipta enam kemenangan dalam tujuh perlawanan di tempat lawan musim ini.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-14 menerusi rembatan voli Dean Marney sebelum penyerang, Sergio Aguero, meledak dua gol untuk menyempurnakan kebangkitan The Citizens. 

Fernandinho berkata semangat skuad kendalian Pep Guardiola untuk memenangi liga musim ini dapat disaksikan menerusi usaha pasukannya mendapatkan tiga mata penuh daripada perlawanan ini. 

"Kami telah menganalisi gaya permainan Burnley sebelum perlawanan berlangsung dan mereka telah menggunakan peluang dengan baik untuk mendahului perlawanan," jelas Fernandinho.

"Kami bernasib baik kerana berjaya menyerap segala tekanan dan menjaringkan dua gol dan membawa pulang tiga mata penuh.

"Saya berpendapat semangat pemain-pemain untuk bergelar juara liga musim ini dapat disaksikan dalam perlawanan ini."

About Author

Dom Farrell

Comment