Federico Fernandez akan kembali beraksi bersama Swansea City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Bournemouth selepas ia disahkan oleh pengendali pasukan, Carlos Carvalhal.

Fernandez terlepas kekalahan di tangan Chelsea, ketika bek kiri, Kyle Naughton, terpaksa beraksi di bahagian pertahanan tengah.

Pemain sayap, Luciano Narsingh, turut kembali ke dalam skuad selepas pulih daripada kecederaan buku lali tetapi Kyle Bartley, Leroy Fer dan Wilfried Bony masih lagi terpaksa diketepikan.

"Fernandez telah pulih," kata Carvalhal. "Dia telah mula menjalani latihan bersama pasukan dan tiada sebarang masalah, jadi dia akan beraksi.

"Buat masa ini, Bartley, Fer dan Bony tidak dapat diturunkan untuk perlawanan seterusnya.

"Angel Rangel, Leon Britton, Renato Sanches, Fede Fernandez dan Luciano Narsingh telah menjalani latihan dan bakal diturunkan."

Swansea kini berada satu anak tangga di atas zon penyingkiran menjelang dua aksi terakhir berdepan Southampton dan Stoke City.