Pemain Manchester United, Marouane Fellaini, mempersoalkan penilaian Jamie Carragher terhadap dirinya ketika legenda Liverpool itu terpalit dengan skandal meludah.

Carragher diketepikan daripada tugas untuk melakukan ulasan terhadap permainan bola sepak selepas meludah kepada seorang penonton selepas Liverpool tewas 2-1 di Old Trafford pada Mac lalu.

Fellaini disifatkan sebagai "ancaman yang paling teruk" oleh Carragher dua tahun lalu, yang menyaksikan pemain kebangsaan Belgium itu menyifatkan bekas bintang England itu sebagai "juara omong kosong" dan "juara dunia dalam mematahkan kaki".

Tetapi Fellaini sekali lagi menjadi sasaran pemain berusia 40 tahun itu dalam analisisnya terhadap aksi kemenangan United ke atas Liverpool itu.

"Bagaimana seseorang seperti Carragher mahu menasihatkan saya?" soal Fellaini.

"Dia meludah kepada seorang perempuan daripada keretanya selepas aksi Manchester United-Liverpool.

"Kritikan membantu permainan anda, membantu untuk terus bekerja keras, membuktikan kepada pengkritik bahawa mereka adalah salah," ujarnya.