Sofiane Feghouli bersedia untuk meninggalkan West Ham, Januari ini, selepas diketepikan daripada skuad Algeria bagi menghadapi cabaran Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Feghouli, gagal menyertai kesebelasan utama pasukan sejak berhijrah secara percuma dari Valencia sebelum permulaan musim 2016-17. Marseille dilaporkan bersedia untuk mendapatkan khidmat pemain sayap itu untuk beraksi dalam Ligue 1.

Feghouli, yang telah meledak 11 gol dalam 42 penampilan bersama skuad kebangsaan, dijangka akan menyertai skuad bimbingan George Leekens untuk beraksi dalam kejohanan yang berlangsung di Gabon.

Bagaimanapun, Leekens mengetepikan Feghouli kerana kekurangan waktu bermain bersama The Hammers, sekaligus mendorong pemain itu untuk meninggalkan Stadium London.

Senarai pemain Algeria untuk kejohanan AFCON 2017:

Penjaga gol: Rais M’Bohli (Club Africain), Malik Asselah (JS Kabylie), Chemseddine Rahmani (MO Bejaia).

Pertahanan: Mokhtar Belkhiter (Club Africain), Mohamed Rabie Meftah (USM Alger), Aissa Mandi (Real Betis), Hicham Belkaroui (Esperance), Liassine Cadamuro (Servette), Mohamed Benyahia (USM Alger), Ramy Bensebaini (Rennes), Faouzi Ghoulam (Napoli), Djamel Mesbah (Crotone).

Tengah: Adlene Guedioura (Watford), Saphir Taider (Bologna), Nabil Bentaleb (Schalke), Mehdi Abeid (Dijon), Yacine Brahimi (Porto), Rachid Ghezzal (Lyon).

Penyerang: Islam Slimani (Leicester City), Riyad Mahrez (Leicester City), Hilal Soudani El Arabi (Dinamo Zagreb), Baghdad Bounedjah (Al Sadd), Sofiane Hanni (Anderlecht).