Jurulatih Chelsea, Antonio Conte memuji Cesc Fabregas kerana pemain tengah itu menghasilkan "khayalan hebat" buat pasukan.

Pemain berusia 29 tahun itu bergelut mempamerkan prestasi cemerlangnya pada awal musim tetapi kembali menemui sentuhan dan menjadi pemain yang berpengaruh buat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Sepanyol itu sekadar turun dalam kesebelasan utama sebanyak tujuh kali sahaja musim ini.

Conte tetap memberikan pujian kepada pemenang Piala Dunia dan Kejohanan Eropah itu dengan impak yang diberikannya kepada pasukan.

"Dia mampu menghasilkan sesuatu untuk pasukan jika diturunkan. Fabregas seorang pemain yang memiliki kemahiran teknikal yang tinggi," kata Conte.

"Kebolehannya membuat keputusan yang tepat di atas padang sangat berharga buat Chelsea, dia mampu melakukan hantaran, bantuan jaringan dan menghasilkan gol."

Chelsea kini memiliki kelebihan 10 mata di takhta liga menjelang kunjungan ke Stoke City, malam ini.