Pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas, menjadi pemain terpantas untuk mencipta 100 bantuan jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika membantu skuad bimbingan Antonio Conte menewaskan Stoke City 4-2, pada Sabtu.

Fabregas menrencanakan gol kedua Willian selepas Peter Crouch menyamakan kedudukan pada minit ke-64 di Stamford Bridge.

Ini bermakna pemain kebangsaan Sepanyol itu melakukan bantuan jaringan melebihi tiga angka pada penampilannya yang ke-293, mengetepikan bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs yang melakukannya dalam 367 perlawanan.


Fabregas membuat penampilan sulung dalam EPL buat Arsenal ketika berdepan Everton pada 2004 dan bermain sebanyak 212 dalam semua pertandingan buat The Gunners sebelum menyertai Barcelona pada 2011.