Fabinho yang baru ditandatangani Liverpool menggesa bintang Lyon, Nabil Fekir, untuk menyertainya di kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Perpindahan Fabinho ke Anfield dari Monaco disahkan hari ini apabila pemain antarabangsa Brazil itu menandatangani kontrak jangka panjang selepas kelab bersetuju dengan perjanjian yang dilaporkan bernilai €50 juta (RM231 juta).

Naib johan Liga Juara-Juara Eropah itu dijangka akan menjadi sangat aktif pada musim tertutup ini, dengan Fekir juga dikaitkan dengan perpindahan.

Selepas menghadapi Fekir dalam Ligue 1, Fabinho berkata dia mahu pemain antarabangsa Perancis itu sebagai rakan sepasukan dalam Liga Perdana Inggeris.

Ditanya adakah dia mahu Fekir menandatangani kontrak di Liverpool, Fabinho memberitahu RMC Sport: "Ya.

"Dia adalah pemain yang sangat baik di peringkat antarabangsa. Dalam Ligue 1, ia bukan sahaja musim ini yang dia telah menunjukkan sesuatu.

"Sudah beberapa tahun dia membuktikan kualitinya. Jika dia datang, ia akan menjadi lebih baik," ujarnya.

Fabinho menyertai Liverpool selepas lima musim di Monaco di mana dia memenangi gelaran Ligue 1 pada 2016-17.