Persatuan Bola Sepak England (FA) menolak rayuan yang dikemukakan Bournemouth berkenaan dengan kad merah dikutip kapten pasukan, Simon Francis, ketika seri 3-3 dengan Arsenal, Selasa lalu.

Pemain itu perlu menjalani penggantungan tiga perlawanan selepas dibuang padang ekoran terjahan keras terhadap Aaron Ramsey di hujung separuh masa kedua dengan Bournemouth sedang mendahului 3-2.

Pengendali Bournemouth, Eddie Howe, mempertahankan Francis di akhir perlawanan dengan menegaskan bahawa pemain itu tidak wajar dikenakan kad merah kerana kaki bek kanan itu tidak terlalu tinggi ketika melakukan terjahan.

Bagaimanapun, FA mengesahkan pada Khamis bahawa rayuan tersebut telah ditolak, dengan Francis akan menjalani penggantungan tiga perlawanan.

Pemain berusia 31 tahun itu akan terlepas aksi Piala FA berdepan Millwall serta dua saingan Liga Perdana Inggeris berdepan Hull City dan Watford.

Tweet 2