Unai Emery tidak menjangkakan masalah kecergasan terbaru melibatkan Laurent Koscielny menjadi isu serius tetapi sedar Arsenal perlu menggunakan kaptennya itu dengan baik.

Koscielny terpaksa diketepikan sewaktu memanaskan badan ketika The Gunners menundukkan Blackpool 3-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA selepas mengadu kesakitan belakang.

Bekas bek tengah Perancis itu terlepas kejayaan Piala Dunia tahun lalu akibat masalah tendon yang dialami ketika separuh akhir Liga Europa, menyaksikan The Gunners tewas di tangan Atletico Madrid.

Dalam aksi di Bloomfield Roard semalam, Koscielny menyertai senarai kecederaan yang membariskan Shkodran Mustafi, Hector Bellerin dan Nacho Monreal yang turut diketepukan.

"Mengenai Koscielny, kami perlu bertenang dalam beberapa sesi latihan keras kerana kami memaksanya bermain dalam banyak perlawanan selepas kembali," ujar Emery.

"Jadi, mungkin dia memerlukan sedikit masa untuk rehat tetapi Arsenal juga mempunyai pemain berkomitmen tinggi yang beraksi di posisi berbeza awal pagi tadi, Stephan Lichtstener.

"Koscielny berkata dia tidak boleh bermain minggu depan tetapi kini kami memiliki tempoh rehat seminggu dan diharapkan ia bagus."

Pemain muda, Joe Willock, menggunakan kesempatan awal pagi tadi untuk membuka tirai jaringan serta satu lagi gol dalam babak pertama dan Alex Iwobi melengkapkan kemenangan 3-0.

Rakan sepasukan Willock berusia 19 tahun, Eddie Nketiah, melepaskan tiga peluang keemasan dalam babak pertama tetapi Emery berpuas hati dengan sumbangan keseluruhan penyerang itu.

"Saya berbangga melihat Willock Dan Nketiah meraih tiga peluang hebat kerana Willock menyumbat dua gol dan Nketiah satu jaringan," tambah Emery.