MANCHESTER CITY 2 ARSENAL 0

Kekalahan 2-0 kepada Manchester City menunjukkan Arsenal memerlukan masa untuk mempercayai gaya baru mereka, kata jurulatihnya, Unai Emery.


Raheem Sterling memecah kebuntuan pada minit ke-14 di Stadium Emirates, awal pagi tadi, dan pemain sayap England itu nyata menyerlah pada awal perlawanan yang hangat untuk tuan rumah.

Beberapa kesilapan menyukarkan permainan City dan Arsenal mengasak sebelum Bernardo Silva meledak masuk ke sudut kiri atas untuk memastikan tiga mata selepas sejam perlawanan berlangsung.

"Pada babak pertama, saya fikir kami agak ketinggalan di belakang City dan ketika kedudukan 1-0, ia adalah (peluang) untuk kami mencuba dan menukar pada babak kedua -- lebih mempercayai tempoh dalam perlawanan dan memberi sedikit tekanan," kata Emery kepada Sky Sports.

"Apabila kami dapat memecahkan garisan mereka di padang... pada babak kedua pasukan semakin baik. Tetapi gol kedua menutup pilihan kami dalam perlawanan ini.

"Kami adalah pasukan baru yang perlu diperbaiki. Bagi saya, ia adalah satu kekecewaan apabila tewas tetapi satu pengalaman yang lebih kepada untuk terus meningkat.

"Dalam perlawanan pertama, ia bagus untuk bermain menentang Manchester City tetapi ia juga mungkin sedikit sukar."

Diminta untuk mengenal pasti aspek yang paling menyenangkan terhadap prestasi Arsenal, Emery lantas memberi respons.

"Semangat pada babak kedua," jawabnya. "Kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dan kekal dengan kemungkinan melakukan sesuatu dalam perlawanan ini.

"Pada babak pertama, kami memerlukan lebih banyak keyakinan terhadap prestasi kami."

Skuad The Gunners akan kembali beraksi dengan tugas sukar yang sama, menentang Chelsea pada hujung minggu depan.