Arsenal masih berharap Mohamed Elneny akan kembali beraksi musim ini walaupun pemain tengah itu disahkan mengalami kecederaan ligamen lutut, Ahad lalu.

Pemain kebangsaan Mesir itu telah dikeluarkan dalam babak pertama ketika Arsenal merakamkan kemenangan 4-1 ke atas West Ham selepas diterjah oleh Mark Noble.

Kecederaan itu sekali gus melenyapkan harapan Elneny untuk beraksi di Russia, di mana Mesir akan kembali beraksi selepas 18 tahun.

Bagaimanapun, The Gunners masih belum berputus asa dengan peluang pemain berusia 25 tahun itu untuk kembali pulih sebelum tamat musim ini.

"Kami berharap Elneny dapat kembali beraksi untuk Arsenal musim ini dan kami kerap berhubung dengan Persatuan Bolasepak Mesir bagi memaklumkan mengenai perkembangannya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kelab menerusi laman web rasminya.

Elneny telah beraksi dalam 13 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.